Salam Ramadhan!
Yess JAKEL Raya is back !! Sempena Syawal yang bakal menjelma, setiap lapisan masyarakat sedang sibuk membuat persiapan raya lebih-lebih lagi dari segi pakaian! Nah, pusat gedung tekstil no.1 di Malaysia JAKEL mengambil inisiatif dengan mewujudkan sistem “one stop centre” di setiap cawangannya bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung!
RAYA SEDONDON DENGAN JAKEL
Cantik kan sedondon begini satu keluarga? Dengan misi "one-stop-centre" JAKEL yakin bahawa setiap pelanggan JAKEL pasti dapat memilih pakaian raya yang memusakan hati satu keluarga! kesemua koleksi pakaian keluaran JAKEL mementingkan pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan yang kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini lebih fashionable dan “up to-date.
PELANCARAN JAKELSTORE.MY
Apa yang terbaru pada tahun 2019 ini? Tahniah JAKEL kerana telah mengorak selangkah lagi dalam industri fashion di Malaysia dengan melancarkan ONLINE STORE nya di laman web WWW.JAKELSTORE.MY ! Menurut Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel iaitu Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, kesemua koleksi baju raya selebriti ini akan dijual secara online.
Maka mudahlah untuk pelanggan JAKEL yang tinggal jauh dari kota untuk mendapatkan produk JAKEL. selain itu, pelanggan JAKEL yang berada di serata negeri tdak perlu bersusah-susah lagi untuk datang sendiri ke butik-butik JAKEL secara fizikal kerana mereka hanya boleh membuat tempahan di rumah sahaja menerusi platform WWW.JAKELSTORE.MY
JAKEL BARULAH RAYA 2019
Kempen raya yang pertama untuk tahun 2019 di Jakel Mall Kuala Lumpur. Seperti pada tahun-tahun yang lalu, kemunculan Duta Raya JAKEL memeriahkan lagi majlis! Antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut jua sama adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar. Kesemua para selebriti ini mewakili jenama pakaian masing-masing yang ternyata setiap satunya berlainan gaya dan rekaan serta sasaran pelanggannya!
KOLEKSI BAJU KURUNG JAKEL 2019
JAKEL masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah label Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya wanita yang berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan bergaya!
Koleksi baju kurung ini memfokuskan pada motif corak printed dimana ianya berbeza pada setiapa koleksi. Terdapat juga perincian "beading" yang sangat eksklusif pada sesetengah design yang menambahkan lagi gaya pada si pemakai. Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa.
KOLEKSI BAJU MELAYU JAKEL 2019

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas untuk menampakkan kekemasan dan memberikan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. Sesuai untuk jejaka yang berusia tetapi masih mahu kelihatan kemas di hari raya.

Untuk tahun yang keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Koleksi Awal Ashaari ini lebih memfokuskan kepada potongan, warna-warna yang maskulin dan kualiti fabrik yang tinggi untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.

Lebih istimewa tahun ini, JAKEL merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit, target market untuk koleksi ini sudah tentulah anak-anak muda yang sentiasa mahu menonjolkan diri dan gaya di pagi raya nanti.
Menjadi kelaianan pada tahun ini juga, JAKEL mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi ini ialah bajunya diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan dan di bahagian kolar. Berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.
Koleksi Baju Melayu kanak-kanak pula, masih mengekalkan koleksi Baju Melayu Upin dan Ipin serta koleksi Baju Melayu Yusuf Iskandar. Terdapat dua jenis kolar bagi koleksi kanak-kanak ini dan hadir dalam warna-warna yang sangat menarik bersesuaian dengan sikap periang si kanak-kanak pabila tibanya Syawal.
APA YANG TERBARU DI JAKEL? PLUS SIZE BAJU MELAYU?
Tahniah Abam Bocey, pelawak dan pelakon terkanal yang telah dilantik menjadi Duta Raya JAKEL pada tahun ini kerana yang terbaru, JAKEL telah memperkenalkan produk Baju Melayu “Plus Size”untuk mereka yang bersaiz besar yang semestinya sukar untuk mendapatkan baju melayu RTW. Nah, golongan comel ini tidak perlu risau lagi kerana semuanya ada di JAKEL!
Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan yang lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. Ini adalah untuk memudahkan lagi para pelanggan memperolehi set lengkap baju melayu di bawah satu bumbung!
Ayuh, ke JAKEL sekarang!
Media Sosial
Instagram : https://www.instagram.com/jakeltextile/
Facebook : https://web.facebook.com/jakeltextile
xoxo